Casio GEC-1 Instrukcja Użytkownika Strona 7

  • Pobierz
  • Dodaj do moich podręczników
  • Drukuj
  • Strona
    / 25
  • Spis treści
  • BOOKMARKI
  • Oceniono. / 5. Na podstawie oceny klientów
Przeglądanie stron 6
7
Asas Mula Pantas
Masukkan tali melalui slot pemasangan tali alat kawalan jauh.
. Peringatan Tentang Tali
Tali bertujuan untuk penggunaan bersama produk ini sahaja. Jangan gunakan tali
untuk sebarang tujuan lain.
Sekiranya anda mengalami sebarang kegatalan, ruam atau ketidaknormalan kulit
di kawasan sekitar tali, berhenti menggunakannya dengan serta merta.
Jauhkan tali dari dan jangan tinggalkannya dalam kawasan yang mungkin
terdedah kepada haba. Haba boleh menyebabkan kerosakan pada bahan tali.
Sentuhan jangka panjang dengan item lain atau meninggalkan tali yang basah
bersama item lain boleh menyebabkan pemindahan warna daripada tali ke item
lain, atau daripada item lain ke tali.
Jika tali kotor, basuh tali menggunakan air paip dengan berhati-hati.
Jangan hayun alat kawalan jauh menggunakan tali.
Simpan tali jauh daripada kanak-kanak kecil.
Untuk menyambungkan alat kawalan jauh dengan kamera buat pertama kali, anda
perlu melakukan prosedur di bawah untuk mendaftarkannya.
Alat kawalan jauh boleh didaftarkan hanya pada satu kamera pada satu masa.
Jika anda mendaftarkan alat kawalan jauh yang sudah didaftar pada kamera lain,
ia akan dinyahdaftar daripada kamera semasa dan kemudian didaftarkan ke
kamera baharu.
1. Periksa untuk memastikan bahawa kedua-dua alat kawalan jauh dan
kamera sudah dimatikan.
2. Pada kamera, tekan dan tahan butang [r/SLOW] dan butang
[POWER] sekurang-kurangnya enam saat.
Ini akan menyebabkan lampu [STATUS] akan berkedip ambar.
3. Pada alat kawalan jauh, tekan dan tahan butang [r/SLOW] dan
butang [p] sekurang-kurangnya enam saat.
Ini akan menyebabkan lampu operasi akan berkedip ambar untuk menunjukkan
bahawa pendaftaran alat kawalan jauh telah bermula.
Selepas pendaftaran selesai, alat kawalan jauh dan kamera akan bersambung
dan lampu operasi akan berkedip hijau.
Memasang Alat Kawalan Jauh ke Tali
Mendaftar Alat Kawalan Jauh pada Kamera
B
Przeglądanie stron 6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ... 24 25

Komentarze do niniejszej Instrukcji

Brak uwag